Dua calon pilihan yang disebut-sebut bakal mendominasikan saingan liga musim ini jelas menunjukkan permainan menarik dan tersusun bermula garang dengan aksi saling membalas serangan dari awal hingga ke akhir permainan.
Permainan menarik yang dipertontonkan dihadapan 1,000 penyokong termasuk Ketrua Pegawai Operasi Celcom (Malaysia) Berhad, Datuk Zubir A Rasid dan Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) begitupun dikuasai para pemain UPSI bimbingan oleh Zaizamron Yusof bermula dari minit-minit awal permainan sebaik wisel permulaan ditiupkan.
Namun, UTM yang dinobatkan selaku juara bertahan musim lalu memecah kebuntuan awal
apabila penyerang mereka, Yasser Arafat bijak memperdayakan pertahanan lawan untuk memberikan jaringan awal pada minit ke 27 separuh masa pertama. Sokongan penyokong UPSI yang didatangkan khas dengan empat buah bas dari Tanjong Malim menyemarakkan semangat para pemain mereka biarpun keputusan separuh masa pertama tetap tidak berubah sehingga wisel penamat ditiupkan.
Begitupun, barisan pemain UPSI yang diperkuatkan empat tonggak musim lalu jelas tidak patah semangat dan sebaik aksi separuh masa kedua bermula Rustam Afandi menyamakan kedudukan pada minit ke47 sambil jaringan cantik Khairul Nizam pada minit ke-77 memadam terus defesit awal jaringan pasukan UTM. Pengendali UPSI, Zaizamron Yusof antara individu yang paling gembira sebaik wisel penamat ditiupkan sambil memuji aksi para pemainnya yang jelas tidak patah semangat meskipun ketinggalan di babak awal separuh masa pertama “Kita akui, UTM mempunyai misi besar dalam pertemuan Piala Sumbangsih ini.
Mereka (UTM) mahu melunaskan dendam musim lalu selepas tersingkir pada pertemuan Piala Celcom di peringkat suku akhir. “Kedua Piala Sumbangsih menjadi agenda kedua-dua pasukan. Tetapi kerjasama kuat dari pengurusan dan para pemain yang berkerja keras di atas padang menjadi tonik berharga buat pasukan, ujar Zaizamron yang pernah membimbang skuad Bawah 14 tahun Piala Nike Terengganu pada tahun 2001, Tambahnya, kemenangan ini sudah cukup melegakan kami kerana sekurang-kurangnya, tiga mata penuh berjaya diperolehi pada perlawanan sulung ini sambil menguatkan semangat kami untuk beraksi dalam saingan seterusnya,” ujar beliau yang mengakui rata-rata pasukan lain turut membuat persiapan lebih awal bagi musim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan