Sabtu, 15 November 2008

Amalan Seharian...

Assalamualaikum,

Buat teman-teman seperjuangan..dalam mengharungi kehidupan seharian,kita seringkali mengeluh dengan beban tugas di pejabat.Bagi yang telah mendirikan rumahtangga ia adalah satu cabaran yang hebat bagi kita menghadapi situasi sebegini..Untuk dikongsi bersama,penawar segala kepenatan... ... sama2 kita amalkan...

Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Isnin, 3 November 2008

UPSI vs UPM


UPM, UPSI TERIKAT SERI 2-2
Oleh: Hanim Junaibi

Kuala Lumpur, 10 Mac; Perlawanan TM Uni League antara pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Kompleks Sukan UPM menyaksikan aksi hambar pasukan tuan rumah pada babak pertama.

UPSI bermula garang dengan cubaan demi cubaan dalam mengharapkan keajaiban untuk menumpaskan pasukan UPM yang gah di tahta TM Uni League. Seawal minit kelapan, UPSI membuka jaringan pertama menerusi rembatan kencang Rozaimee Che Mat Zin. UPSI dengan mudah mendahului permainan berikutan pasukan lawan telah menjatuhkan seorang pemain UPSI lalu dihadiahkan dengan sepakan percuma.

Pada minit ke-14, percubaan Mohd. Amri Mohd. Ramli gagal menepati sasaran apabila rembatannya tersasar ke luar gawang gol. Namun pada minit ke-18, tendangan Mohd. Amri lebih fokus dan tepat ke gawang gol. Ternyata walaupun berada pada kedudukan tiga terbawah liga, UPSI mampu tampil bertenaga dan menundukkan peneraju liga dalam separuh masa pertama.

Permulaan babak kedua pula menyaksikan pasukan UPM bangkit dari tidur yang lena. Pada minit ke-49, percubaan Mohizam Shah Dawood Shah nyata menjadi. Penjaga gol UPSI, Sanusi Jusoh gagal menghentikan bola yang dirembat kemas oleh Mohizam.

Enam minit selepas gol pertama UPM dijaringkan, penyokong pasukan tersebut bersorak lagi apabila tendangan jauh ke tengah padang oleh penjaga gol UPM, Shahruddin Ab. Rahman, disambut baik Ahmad Syukor Elias yang kemudiannya menghantar bola ke arah Mohizam. Mohizam bijak menggunakan peluang yang ada, lantas menyumbat gol kedua buat pasukan UPM.

Kedudukan kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga ke akhir babak kedua. Sementara itu, jurulatih pasukan UPM, Saheh Said berkata, “Permainan malam ini agak sengit. Namun saya berterima kasih kepada pasukan saya kerana memberi persembahan cemerlang. Saya harap UPM akan berjaya dalam perlawanan menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) nanti”.

UPSI JULANG PIALA SUMBANGSIH

SINTOK, 10 September - PERTEMUAN Piala Sumbangsih yang menjadi acara kemuncak pembuka tirai Kejohanan Bolasepak Liga Universiti Uni-League menepati ramalan awal apabila kedua-dua pasukan yang bertanding Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) jelas mempamerkan aksi sengit di Stadium Universiti Utara Malaysia, Sintok, baru-baru ini.

Dua calon pilihan yang disebut-sebut bakal mendominasikan saingan liga musim ini jelas menunjukkan permainan menarik dan tersusun bermula garang dengan aksi saling membalas serangan dari awal hingga ke akhir permainan.

Permainan menarik yang dipertontonkan dihadapan 1,000 penyokong termasuk Ketrua Pegawai Operasi Celcom (Malaysia) Berhad, Datuk Zubir A Rasid dan Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) begitupun dikuasai para pemain UPSI bimbingan oleh Zaizamron Yusof bermula dari minit-minit awal permainan sebaik wisel permulaan ditiupkan.

Namun, UTM yang dinobatkan selaku juara bertahan musim lalu memecah kebuntuan awal
apabila penyerang mereka, Yasser Arafat bijak memperdayakan pertahanan lawan untuk memberikan jaringan awal pada minit ke 27 separuh masa pertama. Sokongan penyokong UPSI yang didatangkan khas dengan empat buah bas dari Tanjong Malim menyemarakkan semangat para pemain mereka biarpun keputusan separuh masa pertama tetap tidak berubah sehingga wisel penamat ditiupkan.

Begitupun, barisan pemain UPSI yang diperkuatkan empat tonggak musim lalu jelas tidak patah semangat dan sebaik aksi separuh masa kedua bermula Rustam Afandi menyamakan kedudukan pada minit ke47 sambil jaringan cantik Khairul Nizam pada minit ke-77 memadam terus defesit awal jaringan pasukan UTM. Pengendali UPSI, Zaizamron Yusof antara individu yang paling gembira sebaik wisel penamat ditiupkan sambil memuji aksi para pemainnya yang jelas tidak patah semangat meskipun ketinggalan di babak awal separuh masa pertama “Kita akui, UTM mempunyai misi besar dalam pertemuan Piala Sumbangsih ini.

Mereka (UTM) mahu melunaskan dendam musim lalu selepas tersingkir pada pertemuan Piala Celcom di peringkat suku akhir. “Kedua Piala Sumbangsih menjadi agenda kedua-dua pasukan. Tetapi kerjasama kuat dari pengurusan dan para pemain yang berkerja keras di atas padang menjadi tonik berharga buat pasukan, ujar Zaizamron yang pernah membimbang skuad Bawah 14 tahun Piala Nike Terengganu pada tahun 2001, Tambahnya, kemenangan ini sudah cukup melegakan kami kerana sekurang-kurangnya, tiga mata penuh berjaya diperolehi pada perlawanan sulung ini sambil menguatkan semangat kami untuk beraksi dalam saingan seterusnya,” ujar beliau yang mengakui rata-rata pasukan lain turut membuat persiapan lebih awal bagi musim ini.

Ahad, 2 November 2008

BangKoK ThailanD


Upsi terpilih antara byk2 ipta d Malaysia utk pengantarabangsaan sukan... jd upsi menghantar team bola sepak utk friendly match dgn universiti d Bangkok Thailand... antaranya Thamasart University, Chulalongkorn University... dpt knl2 dgn mereka... 2 pic aku bersama sebuah kereta polis Thailand... seminggu kt sana.. dpt knl negara Gajah Putih... terutamanya d sekitar Bangkok... byk knangan d sana yg xdpt ku lupakan bersama kwn2.... tggal d Siam Hotel... byk knangan lucu d situ... hehehe... ramai dh kwn2 posting, tggal beberapa org sj lg kt Upsi... sedih nk tggal Upsi.... akan ku bw knangan indah ini slama2 nya... huhu.... kpd kwn2 yg bersama2 d Bangkok ni, jgn lupa Alex pemandu teksi.. hahaha... 7 org naik 1 teksi ms 2... haha.... tp Alex sporting la.. thanks Alex...

Jumaat, 31 Oktober 2008

HaRi RaYa 08


Hari raya tahun ni xseperti tahun2 yg lpas... ry tahun ni hambar skali,... sgt boring... duk umah jer....kwn2 je dtg umah... pic tue 3 beradik... diorang je dtg umah... yg lain ckp je nk dtg, tp xdtg2 pn... mybe jln bz sgt... mmg tiap2 tahun jln jem kt klantan tiap kali mymbut h ry... maklum la... warga kota balik beraya ke kg masing2... xsceria spt raya sblum ni pn xpe... ada hikmah d sebaliknya.... ry tahun 2009 mybe aku dh keje... insyaallah.. ry dh lpas.. tp masih berkesempatan utk memohon kmaafan dr kwn2 sume... maafkan diri ini jika ada yg x disukai tnpa aku sedari.... moga ry yg akan dtg penuh dgn kgembiraan dan lebih ceria dr tahun ni... insyaallah....

AkU....


Tentang diriku.. tidak ada apa yg menarik.. simple person, lawak sket2 2 biasa la.. kna syum slalu sbb awek muda.. hehe... 3 tahun setengah dh blajar kt UpSI, byk pgalaman manis, suka duka bersama kwn2... sem dpn praktikal kt SMK Tanah Merah 2.. xtau mcmana perskitaran d sana... hrap sume ok2 ajer,,.. Actually sedih nk tggal UpSI ni... hrap tmpat bru nt lebih ceria... kpd sume knalanku jgn la risau, dimana jua ku berada kwn2 sume xpnh pn ku lupa.... hrap posting nt xla jauh2 sgt... susah nk jguk org tua kt kg nt... blajar sports science d Upsi memberi ilmu bru yg berguna sgt2... trima ksh kpd pensyarah n kwn2 sumer... bln 12 nt aku mewakili IPTA Malaysia utk Sukan Universiti Asean... sweet sgt,.. xpnh ku sgka.. dlu dpt tawaran masuk Upsi ingat karier main bla sepak berkubur... tetapi makin aktif plak..hehe.... wish me luck utk final exam nt pd 7hb 11 hngga 12 hb 11....